Makanan Ternakan

Mengutamakan makanan ternakan berkhasiat dan berkualiti bagi menghasilkan ternakan dengan Average Daily Gain (ADG) terbaik, sihat dan mengeluarkan daging bermutu tinggi.  Perancangan makanan ternakan yang teliti akan membantu meningkatkan kecekapan dalam pengurusan menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran. Kebanyakan pastura di ladang FLAPSB adalah ditanam sendiri mengikut SOP dan garis panduan selaras dengan amalan GAHP.

FODDER SOLUTION

“Fodder solutions” menggunakan benih barli telah diuji disetiap peringkat tumbesarannya. Kandungan nutrien berada di tahap puncak ketika hari ke enam peringkat tumbesarannya dan pada ketika inilah barli tersebut dituai. Kajian mendapati benih tersebut mempunyai tenaga dan kandungan protein yang tinggi dimana ianya mencukupi untuk memenuhi keperluan ternakan.

Rumput barli telah terbukti mempunyai peranan dalam meningkatkan tahap kesihatan ternakan melalui peningkatan pencernaan yang baik.

Antara faedah menggunakan rumput barli melalui kaedah ini ialah:

  • Faktor cuaca tidak mempengaruhi kadar pertumbuhan dan penghasilan rumput.
  • Tidak memerlukan keluasan dan kos penyediaan tanah.
  • Mengurangkan kos pemberian makanan.
  • Bersifat organik dan tidak mengandungi unsur kimia yang sangat baik untuk ternakan.