Makanan Ternakan

Mengutamakan makanan ternakan berkhasiat dan berkualiti bagi menghasilkan ternakan dengan Average Daily Gain (ADG) terbaik, sihat dan mengeluarkan daging bermutu tinggi.  Perancangan makanan ternakan yang teliti akan membantu meningkatkan kecekapan dalam pengurusan menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran. Kebanyakan pastura di ladang FLAPSB adalah ditanam sendiri mengikut SOP dan garis panduan selaras dengan amalan GAHP.

JERAMI

Sebagai salah satu sumber pemakanan berkhasiat dari segi serat kasar yang diperlukan oleh lembu fidlot. Mendapat bekalan daripada estet padi FELCRA BHD dan kawasan sekitar. Berat purata bagi segulung jerami adalah 350 Kg. Digunakan sebagai makanan ternakan bagi lembu fidlot dan sebagai jualan sampingan. Merupakan sumber fiber yang baik untuk ternakan dengan kos yang minima.

Dijual dengan harga serendah RM 80.00 segulung tidak termasuk kos pengangkutan.