Makanan Ternakan

Mengutamakan makanan ternakan berkhasiat dan berkualiti bagi menghasilkan ternakan dengan Average Daily Gain (ADG) terbaik, sihat dan mengeluarkan daging bermutu tinggi.  Perancangan makanan ternakan yang teliti akan membantu meningkatkan kecekapan dalam pengurusan menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran. Kebanyakan pastura di ladang FLAPSB adalah ditanam sendiri mengikut SOP dan garis panduan selaras dengan amalan GAHP.

NAPIER

Sebagai salah satu sumber pemakanan berkhasiat terutama crude protin yang tinggi untuk menggemukkan lembu fidlot.


Rumput Napier atau nama saintifiknya Pennisetum purpureum, dipilih menjadi makanan utama ternakan di FLAPSB sebab faktor-faktor berikut:

  • Hasil (kandungan bahan kering) yang tinggi
  • Nilai zat makanan yang tinggi- kandungan protein kasar
  • Mempunyai nilai penghadaman yang baik
  • Tahan lasak dengan keadaan cuaca buruk dan ragutan berlebihan- penjagaan mudah
  • Kadar pembesaran dan pertumbuhan semula (selepas dipotong/diragut) yang cepat
  • Kadar daun lebih tinggi dari batang
  • Mudah bercampur dengan spesis lain terutama kekacang
  • Ekonomik untuk diusahakan
  • Lazat- digemari oleh ternakan
  • Keadaan topografi dan jenis tanah di ladang FLAPSB Bio Valley yang amat bersesuaian.