Makanan Ternakan

Mengutamakan makanan ternakan berkhasiat dan berkualiti bagi menghasilkan ternakan dengan Average Daily Gain (ADG) terbaik, sihat dan mengeluarkan daging bermutu tinggi.  Perancangan makanan ternakan yang teliti akan membantu meningkatkan kecekapan dalam pengurusan menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran. Kebanyakan pastura di ladang FLAPSB adalah ditanam sendiri mengikut SOP dan garis panduan selaras dengan amalan GAHP.

Palm Kernel Expeller(PKE)

Sebagai salah satu sumber pemakanan berkhasiat dan bermutu tinggi untuk penggemukkan lembu fidlot.

Palm Kernel Expeller adalah produk sampingan yang diperoleh daripada proses menghancur dan membuang minyak isirong kelapa sawit. Produk ini dikenali sebagai bekalan untuk tenaga yang seimbang dan kandungan protein serta serat yang tinggi.

Selama bertahun-tahun, ia telah digunakan dalam pemakanan ternakan ruminan dan terbukti dalam membantu melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh ternakan.