Baja Bio-Organik

Menggunakan bahan sedia ada, sisa perladangan dan pertanian untuk menghasilkan baja yang berkualiti dengan pelbagai manfaat.

Baja ini dihasilkan melalui proses fermentasi bahan organik dan dibangunkan melalui kaedah bio teknologi. Ia mengandungi:

  • Tinja lembu sebagai bahan asas
  • Bahan organik tempatan (sisa-sisa pertanian)
  • Bakteria asid laktik
  • Yis
  • Bakteria fotosintetik

Teknologi EM(Effective Microbes) telah diguna pakai untuk melakukan proses fermentasi bahan-bahan organik tersebut yang terdiri dari 3 kumpulan mikroorganisma berfaedah. Penggunaan BBO secara berterusan akan memberi impak yang lebih baik kepada tanah dan tanaman seperti berikut:

  • Meningkatkan tahap kesuburan tanah
  • Meneutralkan tanah berasid dan beralkali
  • Pertumbuhan tanaman akan menjadi lebih baik
  • Mencegah penyakit-penyakit bawaan patogen bawah tanah
  • Meningkatkan mycorhiza dalam zon perakaran tanah
  • Meningkatkan pengudaraan dan daya memegang air oleh tanah.
  • Mengurangkan tahap ketoksidan tanah
  • Menukarkan sumber mineral dalam tanah kepada sumber makanan yang berfaedah kepada tanaman.