Kambing Jamnapari

Kandang kami boleh memuatkan 150 ekor kambing pada satu-satu masa dan kapasiti akan ditingkatkan selaras dengan tahap permintaan. Jumlah kemasukan ternakan ini dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pada akhir tahun 2011, sebanyak 74 ekor kambing baka Jamnapari dibawa masuk. Kini jumlah telah mencapai 168 baka kambing.

Hala tuju penternakan kambing FLAPSB:

Pembiakan dengan lebih teratur dan berkesan agar mencapai peratus kelahiran yang tinggi serta mengurangkan kadar kematian.

Sistem pengurusan ladang kambing yang terbaik dan menepati amalan Good Animal Husbandry Practise (GAHP) serta mengikut standard piawaian yang ditetapkan oleh Skim Akreditasi Ladang Ternakan (SALT).

Ladang ternakan yang bersih, teratur dan bebas dari sebarang penyakit berjangkit dan bahaya.

Ladang yang tidak bergantung kepada sumber makanan luar, di mana 90% makanan disediakan sendiri.