Lembu Integrasi

Memaksimumkan penggunaan tanah sambil mengurang kos merumpai(weeding) dan meracun ladang.

Kos makanan untuk ternakan dapat dikurangkan kerana lembu akan makan rumput dan daun-daun kelapa sawit di ladang.

Lembu integrasi di ternak pada semua peringkat umur di dalam kawasan ladang kelapa sawit yang berumur 5 tahun ke atas milik FELCRA Berhad.

Baka ternakan ialah Brahman Cross, KK (Kedah-Kelantan) dan LID (Local Indian Dairy).

Kawasan kelapa sawit menggunakan kaedah pusingan ragutan bersistem menggunakan pagar elektrik.

Sasaran kelahiran adalah 50% daripada jumlah induk.

Mendapat kerjasama yang baik dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dari segi teknikal dan khidmat nasihat.