Profil Syarikat- Produk Yuya

imglogoyuya

FELCRA Livestock & Agri Product Sdn.Bhd. (FLAPSB), anak syarikat milik penuh FELCRA Berhad kini berkembang maju setapak ke arah menerajui bidang industri makanan. Selari dengan hasrat dan aspirasi FELCRA dalam menyahut seruan kerajaan untuk menerajui agenda bekalan keselamatan makanan negara di samping mempelbagaikan aktiviti perniagaan bagi menjana pendapatan yang optimum.

FELCRA Berhad telah bekerjasama dengan beberapa syarikat di Asia Tenggara khususnya Filipina dan Indonesia untuk membekalkan dan memasarkan produk Halal berasaskan makanan laut seperti tuna dan sardin dengan jenama Yuya yang bukan sahaja untuk keperluan pasaran negara, malah juga akan dipasarkan ke luar negara seperti China, Jepun dan Asia Barat.

Produk Yuya tuna dan sardin kini telah mendapat sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Perjanjian usahasama produk halal ini telah ditandatangani pada Januari 2017 bagi perbekalan pasaran tempatan dan luar negara.

Laman Web Yuya

http://yuya.com.my/